Terdapat
seorang wanita yang buruk akhlaknya ketika zaman Imam Malik. Dia selalu
tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.

Ketika
mayatnya mahu dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan
mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh
jenazah wanita itu.
Semua
penduduk dan ulama’ menjadi kecoh dengan perkara tersebut. Mana
tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ
mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat
berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu.
Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk
dijalankan.
Pertama,
memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula
tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali
gus.
Oleh
kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah
seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada
Imam Malik.
Imam
Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik
sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita
pemandi mayat itu.
“Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?”
Perempuan
memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menyatakan dirinya tidak
berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas
diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong
atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu
berkata bahawa dia ada berkata :
“Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati”.
“Kamu
telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan
kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana
kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali
sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi,” kata
Imam Malik.
Semasa
wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke
80, maka dengan kuasa Allah s.w.t. terlepaslah tangannya dari mayat
tersebut.
PENGAJARAN :
Jaga
lidah jgn sebarkan fitnah . Jgn bersangka buruk dgn kuasa Allah Taala .
Kalau kita tahu dia itu seorg pelacur sekalipun , tapi kalau kita tak
pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina . Diharap
kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan
ikhtibar . Kerana itu ingatlah , apabila kita membantu menyebar sesuatu
perkara buruk dlm masyarakat , negeri atau negara , yang mana kita tidak
menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima
balasannya , walaupun peristiwa berlaku . Berhati-hatilah semua dan jgn
terjerat dengan jarum-jarum kejahatan .