facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Inilah Kisah Pembunuhan Junko Furuta. Kisah Pembunuhan Yang Paling Kejam Di Dunia

Ini adalah kisah benar yang berlaku di Jepun. Pada 22 November 1988, seorang gadis berusia 16 tahun bernama Junko Furuta telah diculik oleh empat orang lelaki. Furuta kemudian diseksa dengan cara yang paling kejam dan akhirnya mati selepas 44 hari menderita kesakitan yang tidak tertanggung.
Ketika kejadian, gadis kelahiran wilayah Misato, Saitama, Jepun ini sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Saat itulah empat samseng remaja tiba-tiba muncul dan menculik beliau. Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan Furuta ke Ayase yang terletak dalam wilayah Misato dan Adachi,Tokyo. Jarak wilayah Misato dan Ayase lebih kurang sejam perjalanan.
Di Ayase, Furuta disembunyikan dalam sebuah rumah milik salah seorang penculik terbabit bernama Kamisaku. Bagi mengelakkan perbuatan jenayah ini dihidu ahli keluarganya, Kamisaku memperkenalkan Furuta sebagai teman wanita kepada salah seorang kawannya.
Usaha melakukan kejahatan itu diteruskan dengan mengarahkan Furuta menghubungi ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa dia diperintah untuk meyakinkan orang tuanya bahawa dirinya selamat dan tidak berada dalam keadaan berbahaya.
Semasa dalam kurungan, anak dara ini banyak kali merayu kepada ibu bapa Kamisaku untuk membantu dirinya.
Sedihnya, rayuan itu tidak diendahkan. Pernah beberapa kali juga dia cuba melarikan diri. Tetapi usahanya itu selalu tidak berjaya. Bertambah malang, Setiap kali dia ditangkap, gadis yang tidak bersalah ini akan disakiti dengan seksaan yang lebih dasyat. Berikut adalah seksaan-seksaan yang dilakukan terhadap Furuta.