“Ada juga pemilik kedai makan menempah daging kucing untuk dijadikan makanan eksotik tapi tidak pasti di mana premis mereka.

Kucing sering dijadikan sebagai peneman manusia di kala sunyi, telatah kucing juga membuatkan penggemar haiwan ini terhibur sepanjang hari.
Namun begitu terdapat segelintir manusia yang mempunyai selera pelik tergamak menjadikan haiwan comel ini sebagai santapan mereka.
Menurut laporan Harian Metro, permintaan tinggi daripada pekerja asing menjadikan daging kucing kini mampu dijual RM12 seekor di pasaran gelap.
Menurut seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai Ruslan dilaporkan menyediakan perkhidmatan mencari dan melapah daging kucing untuk dijual.
“Saya biasa menjual daging kucing kepada pekerja asing terutama warga Vietnam di tapak projek kerana mereka sememangnya meminati daging haiwan itu.
“Ada juga pemilik kedai makan menempah daging kucing untuk dijadi